Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
PKP 3.0 mula (12 Mei) hingga Fasa 3 (1 Oktober) = 4 bulan 20 hari (143... - Najib Razak

PKP 3.0 mula (12 Mei) hingga Fasa 3 (1 Oktober) = 4 bulan 20 hari (143…

By Monday July 5th, 2021 No Comments

PKP 3.0 mula (12 Mei) hingga Fasa 3 (1 Oktober)
= 4 bulan 20 hari (143 hari) dikurung.

Habislah bagi warga negeri-negeri lain jika negeri Perlis dengan kes baharu rendah, kes aktif rendah dan kadar kebolehjangkitan sangat rendah pun hanya mampu beralih ke Fasa 3 menjelang Oktober lalu.

Seperti yang saya telah sarankan berpuluh kali sejak PKP 2.0 bermula pada bulan Januari lalu, kita perlu buat lockdown amat ketat tapi singkat awal-awal lagi agar lockdown tidak diheret berpanjangan.

Sebab jika berpanjangan, Rakyat akan jauh lebih menderita.

Namun, nasi sudah menjadi bubur sebab Rakyat sudah berbulan-bulan lama dikurung akibat kesilapan berulang kali kerajaan untuk gemar membuat PKP separuh masak.

Adakah Rakyat sanggup dan mampu dikurung 5 bulan tanpa pendapatan sejak PKP 3.0 ?

Kerana Fasa 2 tidak banyak berbeza dengan Fasa 1.

Bezanya cuma kilang seramik, besi, perabot (untuk eksport), automotif, simen, cuci kereta, gunting rambut, kedai elektronik dan alat tulis dibenarkan beroperasi dalam Fasa 2 berbanding fasa 1.

Perniagaan-perniagaan lain yang bukan essential, semua aktiviti sosial dan aktiviti keagamaan akan terus disekat dalam Fasa 2.

Sebab itu, bagi negeri dengan keadaan Covid yang lebih memuaskan yang sudah lama dikurung, ianya lebih elok untuk beralih ke Fasa 3 secepat mungkin.

Status fasa 3 mampu dilindung dengan:

1. jaga sempadan negeri sama ketat dengan bagaimana kita kawal sempadan negara.

2. Syarat untuk memberi kebenaran rentas negeri untuk seluruh negara bagi sebarang tujuan termasuk penghantaran barang ialah mereka wajib selesaikan sepenuhnya dua dos vaksin sebab mereka risiko bagi mereka yang telah divaksin sepenuhnya untuk dijangkit dan menjangkit adalah jauh lebih rendah.

3. Melaksanakan saringan percuma besar-besaran bagi seberapa ramai penduduk negeri yang mungkin sambil mempercepatkan vaksinasi. Ambil kesempatan untuk membuat saringan percuma juga bagi mereka yang datang mengambil vaksin tiap-tiap hari.

4. Sekiranya negeri yang telah diberi kelonggaran tiba-tiba menunjukkan kenaikan kes maka buatlah Total Lockdown untuk tempoh maksima 7 hari sahaja untuk membenarkan pihak berkuasa mengenalpasti kluster atau hotspot untuk dikenakan PKPD.

Kita belajar dari negara Australia dan New Zealand yang buat lockdown amat ketat dan singkat apabila tercetusnya kes baharu.

Yang tak bersetuju dengan saranan saya ini, adakah kamu bersedia dikurung selama 5 bulan berturut-turut?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157991433485952/

Leave a Reply