PKP 1.0 tahun 2020 – tamat selepas 1 1/2 bulan – tak isytihar Darurat, tak…

By Saturday April 24th, 2021 No Comments

PKP 1.0 tahun 2020
– tamat selepas 1 1/2 bulan
– tak isytihar Darurat, tak gantung perlembagaan dan parlimen
– dibuat dengan betul dan ketat.
– berjaya bendung Covid ke sifar penularan tempatan dan ekonomi dan Rakyat kembali ke kehidupan biasa bawah norma baharu dan dibenarkan rentas negeri untuk melancong.

DARURAT tahun 2021
– masih berterusan selepas 3 1/2 bulan
– diisytihar dengan alasan nak bendung Covid supaya kes turun ke dua angka dan Rakyat dibenarkan balik kampung untuk Raya

– gantung perlembagaan dan parlimen. Tiada negara lain dalam dunia buat begini untuk lawan Covid.

– dibuat separuh masak termasuk langkah tak masuk akal untuk benarkan sektor kilang dan pembinaan terus beroperasi walaupun ianya penyumbang kes dan kluster terbesar masa itu manakala sektor lain yang tidak menyumbang kes diarah tutup.

– keadaan Covid menjadi lebih teruk selepas 3 1/2 bulan dari segala aspek.

– Akhirnya, Rakyat tak dibenarkan balik kampung untuk Raya sebab Covid semakin mengganas; dan

– ekonomi dan keyakinan pelabur asing terus terjejas untuk berbulan-bulan lagi pada ketika kerajaan tak ada banyak wang lagi untuk bantu Rakyat sehingga perlu korek tabung simpanan KWAN.

Nampak perbezaan?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157846573295952/

Leave a Reply