Pihak berkuasa akhirnya mengaku video-video tular yang menceritakan…

By Sunday May 16th, 2021 No Comments

Pihak berkuasa akhirnya mengaku video-video tular yang menceritakan kesesakan melampau di di Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) Stadium Melawati, Shah Alam adalah sahih.

“Ya, betul. Video itu suasana semasa di tempat ini sejak pertengahan April lalu, jumlah yang datang meningkat berbanding sebelumnya.

“Sebenarnya ia adalah proses biasa yang dilakukan oleh CAC Malawati sebagai pusat saringan Covid-19 paling besar di Malaysia, esok juga keadaan sama (seperti dalam video), namun tiada pesakit ditempatkan di sini.”

“Proses biasa CAC di Stadium Malawati, tidak ada yang pelik”
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/706637/proses-biasa-cac-di-stadium-malawati-tidak-ada-yang-pelik-metrotv

Orang yang positif Covid termasuk warga emas dan kanak-kanak terpaksa beratur sehingga ke jalan raya untuk berjam-jam lamanya tanpa tempat membeli makanan atau minuman pun dikatakan perkara biasa dan tiada apa yang pelik?

Perlu berlaku apa lagi sebelum ianya dikatakan pelik?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157893000875952/

Leave a Reply