Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
PH dan penyokong mereka seperti cacing kepanasan. Mereka kata PH lah yang... - Najib Razak

PH dan penyokong mereka seperti cacing kepanasan. Mereka kata PH lah yang…

By Friday September 18th, 2020 No Comments

PH dan penyokong mereka seperti cacing kepanasan.

Mereka kata PH lah yang naikkan elaun nelayan.

Dan ada tuduh BN yang potong elaun nelayan.

Hello, masa BN sudah lama RM300.

Bayangkan hari ini jika BN masih berkuasa.

Sudah tentu saya akan naikkan lagi bantuan kepada petani, pesawah, pekebun kecil, nelayan.

Setelah PH ambil alih, tahu apa mereka buat?

Mereka kurangkan elaun nelayan kepada RM150.

Setelah dikecam, baru mereka naikkan kepada RM200, kemudiannya RM250.

Ya betul, tak salah PH dengan bangganya kata mereka naikkan elaun nelayan.

Tapi kita pun tahu. PH ni semua gagal matematik.

Rupa-rupanya RM250 yang PH bagi adalah lebih tinggi berbanding RM300 yang BN bagi.

Tetapi kita tidak lupa. PM4/PM7/PM7i kata apa?

“Kerajaan tak mampu beri elaun nelayan”

Cukuplah dengan pembohongan PH.

Dengar boleh, percaya jangan .

Rujukan:

30 Mei 2018
Kadar elaun nelayan yang ditetapkan BN akan diteruskan

Salahuddin berkata ketika ini nelayan zon A menikmati elaun sebanyak RM300 sebulan, manakala RM250 bagi nelayan zon B, C dan C2.

https://www.astroawani.com/berita-bisnes/elaun-sara-hidup-untuk-nelayan-akan-diteruskan-176892

6 Julai 2018

PH tidak mampu ikut BN beri elaun nelayan

Sekarang kita tidak mampu berbuat demikian kerana wang yang diberikan kepada mereka telah diambil daripada kerajaan atau daripada sumber haram,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/432982

12 Mac 2019

Menteri PH Salahuddin Ayub kata PH kurangkan elaun nelayan kepada RM150.

ESH yang sebelum ini berjumlah RM300 dikurangkan kepada RM150 bagaimanapun disemak semula kepada RM200 untuk tahun ini selepas mengambil kira pelbagai aspek, katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/467630

11 October 2019

Kerajaan PH beri elaun RM250 sebulan

Kerajaan akan meningkatkan jumlah Elaun Sara Hidup Nelayan daripada RM200 kepada RM250 sebulan, menjadikan peruntukan keseluruhan sebanyak RM152 juta pada tahun 2020.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2019/10/11/elaun-sara-hidup-nelayan-naik-kepada-rm250-sebulan/

7 Disember 2019

PAN Pahang soal Kerajaan PH

“Saya tak faham kenapa kerajaan potong elaun sara hidup nelayan yang diberikan sebanyak RM300, sehingga dikurangkan kepada RM150 yang kemudiannya dinaikkan sedikit sehingga RM200.

Isu nelayan: Perwakilan persoal kerajaan cipta perubahan tak penting



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157365555355952/

Leave a Reply