Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Petang tadi, saya telah merasmikan Skim Mikro Kredit sebanyak RM30 juta bagi... - Najib Razak

Petang tadi, saya telah merasmikan Skim Mikro Kredit sebanyak RM30 juta bagi…

By Thursday April 2nd, 2015 No Comments

Petang tadi, saya telah merasmikan Skim Mikro Kredit sebanyak RM30 juta bagi Penjaja dan Peniaga Kecil Cina di Jalan Alor, Kuala Lumpur.

Di Malaysia ini, kita memang terkenal dengan budaya “makan”. Kita dapat menikmati makanan pada bila-bila masa di negara ini kerana para penjaja dan peniaga kecil menyediakan makanan yang sedap dengan harga yang berpatutan.

Dalam pembentangan Bajet 2015 pada tahun lepas, saya telah mengumumkan Skim Mikro Kredit ini yang bertujuan untuk membantu penjaja dan peniaga kecil terutamanya kaum Cina. Kerajaan prihatin akan peranan dan sumbangan penjaja serta peniaga kecil.

Saya harap Skim ini dapat membolehkan para penjaja dan peniaga untuk lebih maju lagi kerana sumbangan mereka boleh membantu dalam pengembangan ekonomi negara.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10152674374180952/

Leave a Reply