Petang tadi saya meluangkan masa menziarahi golongan yang kurang bernasib…

By Sunday April 16th, 2017 No Comments

Petang tadi saya meluangkan masa menziarahi golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan kerajaan untuk menjalani kehidupan seharian mereka.

Mereka mengingatkan saya betapa pentingnya polisi kerajaan untuk kekal inklusif dan memberi fokus kepada mentransformasi serta membantu hidup rakyat.

Saya harap bantuan dan sumbangan yang diberikan kepada penghidap penyakit angin ahmar Pn Zaliha binti Long di Kampung Molek yang juga merupakan mantan Ketua Wanita Bahagian Dungun, En Hamdan bin Ismail yang menghidap asma dan Pn Ruhana binti Sulong yang menghidap kencing manis, strok, darah tinggi dan penyakit jantung di Kampung Limbong, Paka dapat meringankan beban mereka, Insya-Allah.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10154352927680952/

Leave a Reply