Audio

Pesanan Perdana Menteri Mengenai Perjuangan Untuk Membangunkan Negara

By Friday December 4th, 2015 No Comments

Description: Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak berbicara mengenai perjuangan membangunkan negara serta memodenkan negara untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Dan Salam 1 Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Dalam hidup kita, kita perlu ada perjuangan. Perjuangan untuk berkhidmat kepada keluarga, agama, bangsa dan negara.

Apabila berhasilnya perjuangan, barulah kehidupan kita bermakna.

Sebelum tahun 1957, perjuangan kita adalah untuk mencapai kemerdekaan.

Parti Perikatan yang diterajui UMNO bersama-sama dengan rakan-rakan kita dari kaum yang lain menumpu tenaga dan mempunyai ikatan solidariti untuk memperjuangkan kemerdekaan.

Setelah negara kita merdeka, perjuangan kita adalah untuk membangunkan negara, memodenkan negara kita dan seterusnya untuk mencapai status negara maju menjelang tahun 2020.

Matlamat ini sangat jelas dan setiap hari saya sebagai Perdana Menteri memberi tumpuan sepenuh tenaga dan usaha saya bagi membawa Malaysia ke arah matlamat ini.

Destinasi ini menjanjikan kehidupan yang lebih baik untuk semua. Janganlah kita melayani perkara-perkara yang boleh mengalih perhatian kita daripada berusaha ke arah mengisi visi tersebut.

Hentikan perbalahan, hentikan menyebar dan mempercayai fitnah, hentikan daripada melakukan kerja-kerja yang tidak bermanfaat.

Marilah kita bersama-sama dalam satu ikatan yang padu demi menjamin kesejahteraan Malaysia dan menjayakan visi negara kita, Insya-Allah.

Sekian sahaja dari saya,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Leave a Reply