Official Addresses

Perutusan Sambutan Hari Songkran 2015 YAB Perdana Menteri

By Sunday April 12th, 2015 No Comments

Sawaddee Pi Mai. Selamat Tahun Baru.

Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut Hari Songkran yang jatuh pada hari esok, 13 April 2015, kepada seluruh rakyat Malaysia berketurunan Siam tidak kira di mana sahaja mereka berada.

Saya berharap kedatangan tahun baru ini akan membuka lembaran baru kepada Masyarakat Siam di negara ini untuk terus berusaha meningkatkan kualiti hidup keluarga masing-masing.

Pada masa sama, saya berharap Masyarakat Siam terus menyokong dan mendokong usaha kerajaan bagi memupuk dan meningkatkan persefahaman yang sedia terjalin antara masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Persefahaman adalah asas dan rahsia kepada kejayaan kita memupuk perpaduan serta mengekalkan keamanan dan kemakmuran di Malaysia yang tercinta selama ini. Hasilnya, banyak nikmat dan kemajuan yang dapat kita sama-sama kecapi.

Inilah keistimewaan menjadi rakyat Malaysia. Kita telah membuktikan kepada dunia bahawa kita boleh hidup bersatu padu, aman dan bebas walaupun kita berbeza bangsa dan agama. Marilah kita pertahankan keunikan ini demi kelangsungan kemerdekaan dan kedaulatan negara Malaysia yang tercinta.

Selamat menyambut Hari Songkran.

Dato’ Sri Mohd Najib Razak

Leave a Reply