Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Pertandingan 1Malaysia @ Universiti Untuk Pelajar IPT - Najib Razak
News_archive

Pertandingan 1Malaysia @ Universiti Untuk Pelajar IPT

By Saturday May 16th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) — Kementerian Pengajian Tinggi akan mengadakan pertandingan “1Malaysia @ Universiti” yang membabitkan sumbangan idea pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dalam usaha membangkitkan kesedaran nasional mengenai konsep 1Malaysia di kalangan orang ramai.

Menterinya Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkata pelajar-pelajar yang berminat boleh menghantar kertas cadangan mereka melalui Majlis Perwakilan Pelajar universiti masing-masing kepada pihak kementerian mengenai pandangan mereka mengenai konsep itu dan cara untuk menyemarakkan konsep berkenaan di universiti masing-masing.

“Saya mahukan pelajar-pelajar universiti ini terus mengambil bahagian secara aktif dan memainkan peranan mereka dalam menghasilkan pandangan-pandangan bernas mengenai konsep 1Malaysia ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun Malaysia (MAICSA) di sini hari ini. Seramai 107 pelajar menerima sijil dalam bidang kesetiausahaan dan pentadbiran pada majlis berkenaan.

Khaled berkata sebuah jawatankuasa sudah dibentuk bagi menilai kertas cadangan oleh pelajar-pelajar yang terlibat dalam pertandingan yang akan berlangsung sepanjang tahun ini.

Beliau berkata lima universiti iaitu tiga dari institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan dua dari institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) yang berjaya menghasilkan kertas kerja terbaik, masing-masing akan memenangi hadiah wang tunai bernilai RM30,000.

Sumber : Bernama

Leave a Reply