Permohonan i-Sinar kategori 1 mula hari ini. Permohonan kategori 2 hanya…

By Monday December 21st, 2020 No Comments

Permohonan i-Sinar kategori 1 mula hari ini.

Permohonan kategori 2 hanya bermula 11 Januari. Masih ada masa bagi saya dan BN terus tuntut untuk diperbetulkan.

Kategori 1:
Ahli bekerja sektor formal, bekerja sendiri, bekerja di dalam sektor ekonomi gig, sudah lama tidak mencarum, hilang pekerjaan, suri rumah, diberi notis cuti tanpa gaji.

Kriteria Kategori 1:

Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan

ATAU

Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan GAJI POKOK sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.

Bagi Kategori 1:
– Tiada dokumen sokongan diperlukan
– Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman KWSP

https://isinar.kwsp.gov.my/



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157568948000952/

Leave a Reply