Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Perluaskan perdagangan Malaysia-China - Najib Razak
News_archive

Perluaskan perdagangan Malaysia-China

By Thursday June 4th, 2009 No Comments

BEIJING 4 Jun – Sektor perdagangan Malaysia-China perlu diperluaskan supaya ia tidak terhad kepada bidang sedia ada bagi membolehkan kedua-dua negara mendapat manfaat lebih besar, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, sektor yang mana kedua-dua negara mempunyai kekuatan seperti pembinaan, kejuruteraan dan perkhidmatan perlu diberi tumpuan supaya perdagangan tidak hanya tertumpu kepada pengeluaran.

Katanya, pada masa ini 67 peratus eksport Malaysia ke China terdiri daripada barangan elektrik dan elektronik serta komoditi terutamanya minyak kelapa sawit.

Pada masa sama, katanya, 65 peratus import Malaysia dari negara ini juga barangan elektrik dan elektronik, mesin dan alat ganti.

“Jelas sekali terdapat ruang untuk kita berkembang melebihi bidang yang terhad ini dan ia termasuk barangan berteknologi dan bernilai tinggi,” katanya ketika berucap pada Forum Perniagaan Malaysia-China di sini hari ini.

Kira-kira 900 peserta termasuk 600 ahli perniagaan dari China hadir pada forum itu.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyaksikan majlis menandatangani 16 memorandum persefahaman (MoU) antara syarikat-syarikat Malaysia dengan syarikat-syarikat China.

Bagi Malaysia, kata Najib, China dilihat sebagai rakan strategik bukan sahaja dalam perdagangan tetapi juga pelaburan.

Sebab itu, kata beliau, dia tidak bercadang untuk hanya mengikut rentak bapanya, Tun Abdul Razak Hussein dalam menjalin hubungan dengan China tetapi mahu bergerak lebih pantas kerana China semakin pesat berkembang untuk tempoh tiga dekad lalu.

Ketika ini pelaburan China di Malaysia bernilai AS134 juta (RM469 juta) sementara pelaburan Malaysia di negara ini berjumlah AS$1.36 bilion (RM4.76 bilion).

Sementara itu ketika berucap pada perbincangan meja bulat dengan pemimpin perniagaan terkemuka China, Perdana Menteri memberitahu, Malaysia menawarkan banyak peluang pelaburan dan kerjasama kepada pelabur dan usahawan dari China termasuk sebagai pintu masuk di pasaran ASEAN.

Perdana Menteri berkata, pelaksanaan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) menawarkan pasaran besar dengan jumlah penduduk 570 juta orang dan ditambah pula dengan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-China (FTA) menjadikan ia sebagai FTA yang terbesar di dunia.

“Usahawan dan pelabur dari China boleh menggunakan Malaysia sebagai hab serantau atau batu loncatan ke pasaran ASEAN.

“Satu lagi bidang kerjasama ialah perkongsian tiga pihak atau kerjasama negara ketiga di mana pelabur dari China dan Malaysia boleh membentuk perkongsian atau pakatan strategik untuk masuk ke pasaran negara ketiga seperti negara-negara di Asia Barat,” katanya.

Para masa sama, katanya, Malaysia sendiri menawarkan pelbagai pelaung pelaburan menarik terutama setelah kerajaan meliberalisasikan 27 sub sektor perkhidmatan.

“Syarikat dari China yang terlibat dalam subsektor ini boleh menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan yang menguntungkan.

“Saya memberi jaminan kepada usahawan dan pelabur dari China bahawa anda memang dialu-alukan di Malaysia,” katanya.

Katanya, kepakaran China dalam sektor perkhidmatan kewangan dan teknologi hijau dan tenaga diperbaharui merupakan antara bidang yang menarik minat Malaysia selain pelajaran, penjagaan kesihatan, air, pelancongan dan makanan halal.

“Saya juga mahu melihat lebih banyak syarikat China meneroka kemungkinan melabur dalam pasaran saham, kami, Bursa Malaysia,” katanya.

Selain itu, kata Najib, dua kawasan yang perlu diberi pertimbangan oleh pelabur dan usahawan China ialah Iskandar Malaysia di Johor yang saiznya tiga kali lebih besar dari Singapura dan Koridor Tengah Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply