Audio

Perkhidmatan Kesihatan Malaysia

By Friday April 3rd, 2015 No Comments
[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/198997312″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak berbicara mengenai perkhidmatan kesihatan bagi rakyat di Malaysia.

Transkrip

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Kerajaan sangat mengambil berat terhadap kesihatan rakyat Malaysia dan komited untuk terus memajukan sektor kesihatan negara.

Kita sentiasa berusaha memastikan rakyat menerima perkhidmatan yang berkualiti dengan kos yang tidak membebankan.

Di hospital Kerajaan, seorang pesakit hanya perlu membayar RM1 sahaja bagi mendapatkan rawatan pesakit luar dan RM5 untuk rujukan ke klinik pakar.

Ubat-ubatan juga diberikan secara percuma, ini kerana Kerajaan menanggung sehingga 98% daripada kos perubatan untuk semua rakyat Malaysia yang mendapatkan perkhidmatan di pusat kesihatan Kerajaan.

Saya sedia maklum bahawa di sesetengah hospital dan klinik, pesakit terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

Ingin saya tekankan bahawa Kerajaan sedang berusaha meningkatkan kecekapan pengurusan serta menambah bilangan pusat kesihatan bagi menampung lebih ramai pesakit.

Sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa Kerajaan sangat komited dalam menambah baik sistem kesihatan di Malaysia agar rakyat sentiasa mendapat perkhidmatan yang terbaik.

Sekian sahaja dari saya,

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Leave a Reply