News_archive

Perkasa mahu temui PM

By Sunday May 3rd, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR 3 Mei – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Satu Malaysia, dasar liberalisasi dan status anak pasangan yang memeluk Islam.

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, ketika ini pihaknya sedang berunding dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bumiputera, tokoh ekonomi, agama dan perniagaan untuk membentuk delegasi Perkasa bertemu Perdana Menteri.

“Kita mahu mendengar laporan secara terperinci mengenai aspek kepentingan bumiputera.

“Pokok pangkalnya, isu-isu berkaitan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan tidak harus dipertikaikan,” katanya.

Beliau ditemui selepas majlis solat hajat dan doa selamat Perkasa di Masjid Jamek Kampung Baru malam semalam.

Solat hajat itu bagi memohon kesejahteraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menjalani pembedahan injap jantung di Stanford University Medical Centre, California, Amerika Syarikat (AS).

Hampir 700 orang menyertai solat hajat itu termasuk 100 pelajar tahfiz dari Yayasan Anak Yatim Taman Tun Dr. Ismail.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply