Perkara ini yang paling sedih sebab ianya boleh dielakkan sama sekali. Hari…

By Sunday May 30th, 2021 No Comments

Perkara ini yang paling sedih sebab ianya boleh dielakkan sama sekali.

Hari ini, KP KKM mengeluarkan data terperinci untuk tunjuk kapasiti ICU bagi seluruh negara sudah melebihi 100% sejak hari Selasa lepas 25 Mei 2021.

Biarpun KKM telah cuba sedaya upaya untuk menambah kapasiti katil ICU untuk pesakit COVID-19 secara berfasa sejak awal bulan ini, namun ianya tidak mampu untuk menanggung keperluan kemasukan baharu pesakit serius yang perlukan kawalan rapi.

Jumlah kes pesakit COVID-19 di ICU semalam termasuk yang disahkan (confirmed), dalam siasatan dan sedang menunggu keputusan (suspected and probable) telah mencecah 1,200 kes tapi kapasiti keseluruhan hanya 1,114 katil sahaja walaupun sebanyak 439 katil telah ditambah dalam bulan Mei ini.

Sejak bulan April lalu, berita kapasiti ICU hospital telah kritikal dilaporkan hampir tiap-tiap hari tapi kerajaan masih degil mengambil tindakan wajar untuk buat PKP 3.0 dengan ketat dan bukan separuh masak yang dah lama terbukti gagal sejak PKP 2.0.

Tanggung jawab kerajaan ialah untuk mengambil tindakan SEBELUM kapasiti tercecah dan malapetaka berlaku demi melindungi nyawa Rakyat – bukan hanya buat SELEPAS kapasiti tercecah.

Data KKM tunjuk keseluruhan kapasiti ICU sudah cecah 100% pada 25 Mei. Sebab itu, jumlah kematian Covid semakin menaik sehingga tiba-tiba mencanak naik ke 98 orang terkorban semalam.

Tapi kerajaan PN hanya umum keputusan untuk buat full lockdown pada hari Jumaat 28 Mei. Itupun bermula hari Selasa depan 1 Jun – atau seminggu SELEPAS kapasiti ICU keseluruhan telah cecah 100%.

Ini ibarat rumah sudah hangus terbakar dijilat api baru nak cari henfon untuk panggil hotline bomba.

Kelembapan dan kecuaian untuk bertindak ini tidak jauh berbeza dengan membunuh Rakyat sendiri dan amat sukar untuk dimaafkan.

Jadi, mereka yang kehilangan ahli keluarga sebab kapasiti ICU dah lama tercecah nak tuntut ganti rugi dengan siapa?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157920520240952/

Leave a Reply