Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Perjumpaan Bersama Wakil Perniagaan Amerika Syarikat Ketika di Manila, saya... - Najib Razak

Perjumpaan Bersama Wakil Perniagaan Amerika Syarikat Ketika di Manila, saya…

By Tuesday November 17th, 2015 No Comments

Perjumpaan Bersama Wakil Perniagaan Amerika Syarikat

Ketika di Manila, saya telah bertemu dengan wakil-wakil daripada Majlis Perniagaan APEC-Amerika Syarikat.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP). Kesemua mereka mengalu-alukan keahlian Malaysia di dalam TPP.

Mereka turut menyampaikan penghargaan kepada Malaysia di atas usaha kita untuk menyelesaikan proses rundingan yang kini masih dalam peringkat domestik.

Menurut wakil-wakil perniagaan di Majlis ini, TPP akan menjadikan Malaysia dan mana-mana negara terlibat lebih kompetitif, serta mengalu-alukan negara ASEAN lain mengikut jejak langkah Malaysia.

Selain itu, mereka turut memuji pendekatan ‘business friendly ’ atau mesra niaga Kerajaan Malaysia dan pulangan daripada pelaburan mereka di Malaysia.

Ini membuktikan bahawa dasar-dasar Kerajaan, antaranya Dasar Transformasi Ekonomi, berkesan dan telah mendapat sambutan negara luar terutamanya dalam kalangan komuniti perniagaan.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10153155344875952/

Leave a Reply