Blog

Perhimpunan Perpaduan Melayu

By Sunday March 1st, 2015 No Comments

Melihat daripada semangat yang ditunjukkan para hadirin – terutamanya golongan belia – yang bersama dengan saya di Perhimpunan Perpaduan Melayu di Bukit Jalil malam semalam, semakin saya yakin bahawa bangsa Melayu akan terus melangkah menjadi bangsa yang disegani di mata dunia.

Namun, Melayu tidak harus leka, Melayu perlu terus melangkah maju dan berdikari. Kita perlu tingkatkan usaha kita melatih orang Melayu menjadi bangsa berpengetahuan dan mengukuhkan ekonomi mereka; kita perlu memperjuang kepentingan agama Islam dan syiarnya; mempertahan institusi raja Melayu dan keistimewaan orang Melayu; menegakkan maqasid syariah dengan bersikap sederhana; menjaga nilai-nilai murni; dan menjaga institusi keluarga.

Panduan ini wajarlah menjadi wadah dan maslahah yang akan kita terus perjuangkan dan gunakan untuk memajukan diri kita. Saya yakin bahawa seandainya kita kekalkan keutuhan perpaduan dalam kalangan kita dan berusaha ke arah memajukan bangsa, tiada apa yang tidak mampu kita kecapi bersama.

Pic1

Pic2

Pic3

Pic4

Leave a Reply