Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Perhimpunan Agung Umno 2009 Dari 13-16 Okt - Najib Razak
News_archive

Perhimpunan Agung Umno 2009 Dari 13-16 Okt

By Thursday May 28th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Perhimpunan Agung Umno 2009 akan diadakan dari 13 hingga 16 Okt ini dan dimulakan dengan mesyuarat agung khas untuk meminda Perlembagaan Umno, demikian diumumkan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata draf cadangan pindaan itu hampir siap dan akan diedarkan kepada Badan-badan Perhubungan Umno Negeri untuk mendapatkan ulasan serta pandangan mereka.

“Seterusnya, Majlis Tertinggi (MT) Umno akan membuat ketetapan tentang peruntukan-peruntukan yang akan dipinda dan seterusnya akan dibentangkan dalam mesyuarat agung khas,” katanya pada sidang berita selepas mempengerusikan mesyuarat MT Umno selama tiga jam di Menara Dato Onn di sini Jumaat.

Mesyuarat MT Umno pada 24 April lepas bersetuju untuk meminda perlembagaan parti iaitu yang menyentuh kaedah dan proses pemilihan parti supaya lebih telus, terbuka dan demokratik pada perhimpunan agung khas itu.

MT Umno juga telah menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi mengendalikan cadangan berhubung pindaan dan perubahan ke atas perlembagaan itu, serta membawa cadangan itu kepada pertimbangan MT sebelum dikemukakan dalam perhimpunan agung khas itu nanti.

Perdana Menteri berkata mesyuarat MT hari ini turut bersetuju hanya satu usul sahaja yang akan dibincangkan pada perhimpunan agung kali ini iaitu ucapan usul penghargaan kepada ucapan Presiden, dan di bawah usul ini para perwakilan boleh membawa apa juga perkara yang hendak dibangkitkan.

Sumber : Bernama

Leave a Reply