Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Perdana Menteri Thailand tiba untuk lawatan sehari - Najib Razak
News_archive

Perdana Menteri Thailand tiba untuk lawatan sehari

By Sunday June 7th, 2009 No Comments

SEPANG 8 Jun — Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva tiba di Malaysia untuk memulakan lawatan kerja sehari beliau ke negara ini.

Ketibaan beliau pada pukul 9.35 pagi di Kompleks Bunga Raya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini disambut oleh Menteri Luar Datuk Anifah Aman.

Abhisit selepas ini dijadualkan mengadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara sebelum mengadakan lawatan ke Kedutaan Thailand.

Beliau selepas itu akan diberikan sambutan rasmi di Dataran Perdana, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya sebelum mengadakan pertemuan dan mesyuarat bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abhisit dijadualkan berlepas pulang ke Thailand pada pukul 10.20 malam ini di Kompleks Bunga Raya, KLIA.

Sumber : Utusan Malaysia

Leave a Reply