Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Perdana Menteri Thailand Diberi Sambutan Rasmi Hari Ini - Najib Razak
News_archive

Perdana Menteri Thailand Diberi Sambutan Rasmi Hari Ini

By Sunday June 7th, 2009 No Comments

PUTRAJAYA, 8 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva diberi sambutan rasmi negara sempena lawatan kerja beliau sehari ke negara ini.

Abhisit yang tiba di Dataran Perdana di sini pada pukul 1.30 tengah hari disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan kabinet yang lain.

Beliau kemudian memeriksa barisan kehormat Batalion Satu Rejimen Askar Melayu Diraja yang terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai.

Delegasi Thailand terdiri daripada 38 orang termasuk Timbalan Perdana Menteri Suthep Thaugsuban dan Menteri Luar Kasit Piromya.

Pada lawatan ini, Abhisit akan mengadakan mesyuarat dua hala bersama Najib bagi membincangkan beberapa perkara sebelum mengadakan sidang akhbar bersama kepada media Malaysia dan Thailand.

Sumber : Bernama

Leave a Reply