News_archive

Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva Lawat Malaysia

By Saturday June 6th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva akan melakukan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia esok selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand pada 17 Dis tahun lepas.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata Abhisit akan diiringi oleh Timbalan Perdana Menterinya, Suthep Thaugsuban, Menteri Luar Kasit Piromya dan pegawai-pegawai kanan kerajaan Thailand.

Semasa lawatan sehari itu, Abhisit dijadualkan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama untuk meningkat serta mengeratkan persahabatan dan kerjasama dua hala Malaysia-Thailand.

“Abhisit juga dijadualkan menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agung, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

“Perdana Menteri juga akan meraikan Abhisit dalam satu majlis makan malam,” kata kenyataan itu.

Sumber : Bernama

Leave a Reply