News_archive

Perdana Menteri Sambut Deepavali Bersama Warga Akhbar Makkal Osai

By Wednesday October 26th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini buat julung kalinya meraikan perayaan Deepavali bersama warga akhbar berbahasa Tamil, Makkal Osai.

Lebih manis lagi apabila majlis itu turut meraikan ulang tahun kelahiran ke-67 pemilik akhbar itu Datuk S.Subramaniam yang juga bekas Timbalan Presiden MIC.

Najib meluangkan masa kira-kira 30 minit beramah mesra dengan kira-kira 1,000 masyarakat daripada berbilang kaum yang mengunjungi rumah terbuka itu.

Perdana Menteri yang sebelum itu tiba di lapangan terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang dari Riyadh, Arab Saudi, terus menyertai sambutan itu yang diadakan di Bangunan Peladang, Koperasi Kebangsaan Pemodalan Tanah Berhad (NLFCS), Jalan Templer.

Perdana Menteri kemudian menghadiri sambutan Deepavali anjuran MIC di perkarangan kuil Batu Caves sebelum ke Stadium Badminton Kuala Lumpur di Cheras bagi memenuhi undangan sambutan Deepavali anjuran Hindu Sangam.

Sumber : Bernama

Leave a Reply