News_archive

Perdana Menteri Rasmi Wisma Umno Langkawi Khamis Ini

By Tuesday December 6th, 2011 No Comments

LANGKAWI, 6 Dis (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan Wisma Umno Langkawi di Pekan Kuah di sini Khamis ini.

Pengerusi jawatankuasa pembinaan wisma itu, Mansor Bahari berkata wisma tiga tingkat berharga RM1.7 juta itu melambangkan kejayaan Umno khususnya di pulau pelancongan ini.

Beliau berkata kira-kira 8,000 anggota Umno dan jemputan dijangka hadir pada majlis yang akan dimeriahkan dengan jamuan rakyat 1Malaysia.

Najib kini berada di Langkawi untuk merasmikan Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2011 yang bermula Selasa.

Sumber : Bernama

Leave a Reply