News_archive

Perdana Menteri Bersarapan Bersama Ribuan Rakyat Kulaijaya

By Sunday May 13th, 2012 No Comments

KULAIJAYA, 13 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis Sarapan Bersama Rakyat di TJ Mart, Saleng di sini, hari ini.

Ribuan masyarakat pelbagai bangsa di Kulaijaya dan kawasan sekitarnya tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama Perdana Menteri menikmati pelbagai juadah sarapan pagi.

Najib menikmati hidangan ubi rebus dengan sambal tumis ikan bilis dan mi goreng.

Bersama-sama Najib pada majlis itu termasuk Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman dan barisan exco serta pegawai kanan kerajaan negeri serta pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) Johor.

Turut hadir pada majlis itu adalah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Perdana Menteri yang tiba di Johor Baharu petang semalam, turut menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang peraduan cabutan bertuah yang diadakan bersempena dengan majlis Sarapan Bersama Rakyat itu.

Terdahulu, sejurus selepas tiba di pasar raya TJ Mart itu kira-kira 7.30 pagi tadi, Najib diiringi oleh Abdul Ghani mengadakan tinjauan mesra dan bersalaman dengan pengunjung pasar raya.

Source : Bernama

Leave a Reply