News_archive

Perdana Menteri Beramah Mesra Dengan Peserta CIMB Asia Pacific Classic

By Wednesday October 26th, 2011 No Comments

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan para pemain golf profesional yang mengambil bahagian dalam kejohanan golf CIMB Asia Pacific Classic di The Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan, dekat sini Rabu.

Ketibaan beliau disambut Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak, Timbalan Pengerusi Country Heights Holdings Bhd Tan Sri Lee Kim Yew dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Perdana Menteri meluangkan masa hampir sejam beramah mesra dengan beberapa pemain ternama dunia yang sedang melakukan latihan di lapang sasar, antaranya bekas pemain nombor satu dunia, Vijay Singh dari Fiji, juara bertahan kejohanan Ben Crane dari Amerika Syarikat, pemain Malaysia Shaaban Hussin dan Jhonattan Vegas dari Venezuela.

Beliau kemudian menghadiri jamuan makan tengah hari yang diadakan di kelab golf berkenaan.

Kejohanan golf empat hari bermula esok, menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah USD6.1 juta (kira-kira RM9.5 juta) akan menampilkan seramai 48 pemain.

Sumber : Bernama

Leave a Reply