Perbezaan kelonggaran diberi antara Fasa 1 dan Fasa 2 bukan besar. Sebab…

By Saturday July 3rd, 2021 No Comments

Perbezaan kelonggaran diberi antara Fasa 1 dan Fasa 2 bukan besar.

Sebab itu, 5 negeri yang beralih ke Fasa2 itu bukan satu isu besar.

Cuma kadar kebolehjangkitan Pahang pada 1.27 adalah antara paling tinggi dalam negara semalam – jauh lebih tinggi dari kadar purata 1.07 bagi negara walaupun jumlah kes baharu negeri saya ini tidak tinggi.

Namun, Pahang adalah sebuah negeri yang sangat besar.

Sekiranya PKPD di laksanakan bagi kawasan hotspot dan sempadan negeri di kawal ketat, saya percaya ianya masih terkawal dan selamat bagi Pahang beralih ke Fasa 2.

Sekali lagi, saya saran kerajaan pusat dan negeri untuk jaga sempadan negeri sama ketat seperti sempadan negara. bagi melindungi 5 buah negeri ini.

Orang tempatan juga mengambil peranan yang penting untuk memberi kerjasama agar kawan-kawan serti ahli keluarga tidak curi masuk ke dalam negeri melalui jalan tikus.

Syarat untuk memberi kebenaran rentas negeri untuk seluruh negara bagi sebarang tujuan termasuk penghantaran barang ialah mereka wajib selesaikan sepenuhnya dua dos vaksin sebab mereka risiko bagi mereka yang telah divaksin sepenuhnya untuk dijangkit dan menjangkit adalah jauh lebih rendah.

Sekiranya negeri yang telah diberi kelonggaran tiba-tiba menunjukkan kenaikan kes maka buatlah Total Lockdown untuk tempoh maksima 7 hari sahaja untuk membenarkan pihak berkuasa mengenalpasti kluster atau hotspot untuk dikenakan PKPD.

Saya lebih bimbang pada Kelantan pula sebab negeri ini telah dikenakan PKP 3.0 sejak 16 April – iaitu 80 hari dahulu.

Adakah warga Kelantan masih mampu bertahan setelah dikurung 2 bulan 18 hari sehingga hari ini?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157988195795952/

Leave a Reply