News_archive

Perasmian Taman Botani Perdana Oleh Perdana Menteri Ditangguh Akibat Hujan Lebat

By Wednesday December 1st, 2010 No Comments

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) — Majlis perasmian Taman Botani Perdana yang dijadualkan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Rabu ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M Saravanan berkata hujan lebat sejak tengah hari menyebabkan kawasan majlis di sekitar taman yang terletak di Taman Tasik Perdana itu basah dan air bertakung.

“Keadaan itu akan menyukarkan Perdana Menteri yang akan melawat ke sekitar Taman Botani Perdana… ia tidak selamat dan tidak sesuai,” katanya kepada pemberita di tapak majlis itu di sini.

Berdasarkan aturcara majlis itu, Perdana Menteri dijadualkan merasmikan majlis itu pada 4 petang dan selepas itu melawat ke sekitar Taman Botani Perdana dan menanam pokok serta menandatangani plak sebagai simbolik perasmian.

Beberapa menteri Kabinet kelihatan hadir ke majlis itu, antaranya Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan, sebelum pihak penganjur mengumumkan majlis itu ditangguhkan.

Sumber : Bernama

Leave a Reply