Penyokong dan pemimpin PH meroyan kerana kerajaan-kerajaan negeri PH jatuh…

By Thursday May 14th, 2020 No Comments

Penyokong dan pemimpin PH meroyan kerana kerajaan-kerajaan negeri PH jatuh satu persatu apabila ADUN-ADUN mereka lompat parti.

Yang peliknya ialah tiada seorang pun dari kalangan mereka yang pernah mengadu apabila kerajaan BN Sabah jatuh apabila ADUN-ADUN BN lompat.

Selepas kerajaan BN Sabah angkat sumpah, PM ke-7 membuat ugutan terbuka terhadap ADUN-ADUN BN bahawa dia akan gunakan agensi-agensi kerajaan untuk siasat mereka.

Sebab itu, ada beberapa ADUN BN lompat parti dan kerajaan BN Sabah pun tumbang kepada PH.

Masa itu, takde seorang pemimpin PH atau NGO pro-PH mengadu pulak.

Pelik bin ajaib.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157034775705952/

Leave a Reply