Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
PENUTUP Menghargai Penjawat Awam 217. Pada bulan Ogos lalu, sebelum... - Najib Razak

PENUTUP Menghargai Penjawat Awam 217. Pada bulan Ogos lalu, sebelum…

By Friday October 25th, 2013 No Comments

PENUTUP

Menghargai Penjawat Awam

217. Pada bulan Ogos lalu, sebelum menjelangnya hari Lebaran Aidil Fitri, bayaran bantuan khas kewangan sebanyak 500 ringgit dan 250 ringgit, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.

218. Hari ini pula, sukacita saya mengumumkan, untuk meringankan lagi beban golongan pesara, Kerajaan akan memberi bayaran khas kewangan sebanyak 250 ringgit.

219. Kepada para penjawat awam janganlah bimbang, apa yang ditunggu sudah pun tiba. Saya dengan ini mengumumkan bonus sebanyak setengah bulan gaji bagi tahun 2013, dengan bayaran minimum 500 ringgit. Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal bulan Januari 2014.

#Bajet2014



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151676053120952/

Leave a Reply