Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
PENUTUP 203. Kita amat bersyukur, setelah negara mencapai kemerdekaan,... - Najib Razak

PENUTUP 203. Kita amat bersyukur, setelah negara mencapai kemerdekaan,…

By Friday October 25th, 2013 No Comments

PENUTUP

203. Kita amat bersyukur, setelah negara mencapai kemerdekaan, tanggal 31 haribulan Ogos 1957, rakyat telah hidup dalam kerukunan, harmoni dan sejahtera membangunkan negara.

204. Pada 16 haribulan September 1963 pula, termaktub peristiwa bersejarah penggabungan Sabah dan Sarawak bagi membentuk Malaysia. Terbukti jelas, kebersamaan dan kebersatuan ini telah membawa berjuta rahmat kepada Malaysia.

205. Ternyata, selama lebih 5 dekad Kerajaan Barisan Nasional telah menggalas amanah rakyat melalui kebitaraan perkongsian kuasa dan amalan bersepakat antara parti komponen.

206. Hakikatnya, sejak dulu lagi, Kerajaan Barisan Nasional tidak semberono dan tidak pernah suka-suka dalam hal perencanaan negara. Bahkan kita amat komited dan sememangnya kita serius.

207. Segalanya kita rangka, semuanya kita susun, kita piagam dan kita laksanakan bukan sekadar sonata, atau sebuah orkestra, namun ia menjadi puluhan simfoni kemajuan yang terindah demi kesejahteraan hidup seluruh rakyat Malaysia yang dikasihi.

208. Kepada para penjawat awam yang menjadi tulang belakang pembangunan negara, Kerajaan amat menghargai sumbangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekalian. Maka yang demikian, pada Julai lalu, Kerajaan telah memberi tambahan satu kenaikan gaji tahunan atau KGT melibatkan peruntukan sebanyak 1.6 bilion ringgit.

209. Di samping itu, Kerajaan juga telah memberi tambahan tiga KGT kepada gaji maksimum bagi semua kumpulan perkhidmatan dan telah memanfaatkan 182,434 penjawat awam yang berada pada paras gaji maksimum. Lantaran pada petang ini, sukacita saya mengumumkan pula, bahawa Kerajaan juga bersetuju menambahbaik sebanyak 81 skim perkhidmatan dari pelbagai peringkat mulai bulan November ini.

#Bajet2014



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10151676050805952/

Leave a Reply