News_archive

Pentadbira sukan sambut baik PM baru

By Tuesday April 7th, 2009 No Comments

PENTADBIR sukan tempatan berkata kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang berpengalaman luas dalam arena sukan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sukan cemerlang.

Menurut mereka, profil Najib sebagai Menteri Belia dan Sukan dari 1986-1990 dan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pembangunan Sukan sejak 2004, mampu membawa sukan tempatan ke tahap lebih tinggi, terutama ketika Malaysia masih tercari-cari pingat emas pertama Sukan Olimpik.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata sukan bukan sesuatu yang asing bagi Najib kerana, bukan sahaja berdasarkan profilnya tetapi juga mewarisi kepimpinan sukan bapanya, Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein. – Bernama

Sumber :Berita Harian

Leave a Reply