Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Pengusaha-Pengusaha Food Truck Hari Peneroka - Najib Razak
BlogFeatured Articles

Pengusaha-Pengusaha Food Truck Hari Peneroka

By Saturday July 22nd, 2017 No Comments

Walaupun jadual kerja saya padat semalam, saya gembira dapat meluangkan masa berjumpa dan berbual dengan pengusaha-pengusaha food truck semasa singgah di sambutan Hari Peneroka untuk membeli juadah minum petang.Kebanyakan mereka merupakan anak-anak Felda generasi kedua dan ketiga, yang datang dari seluruh pelosok negara untuk sama-sama menyambut Hari Peneroka. Ada yang dari Felda Semenchu, Johor, Felda Teloi Timur, Kedah dan ada juga yang datang dari Negeri Sembilan.Sesungguhnya, saya sangat berbangga melihat anak-anak Felda sekarang kerana ramai sudah menceburi bidang keusahawanan dan sudah menjadi usahawan berjaya, hasil daripada bantuan dan inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan. Dan saya pasti kejayaan anak-anak Felda hari ini memenuhi visi Ayahanda saya ketika beliau menubuhkan Felda.Esok, saya akan bersama-sama warga Felda di Dataran Putrajaya untuk menyambut Hari Peneroka dan saya ingin menyeru rakyat Malaysia untuk turut hadir, meraikan peneroka-peneroka yang telah membuktikan usaha mereka dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Leave a Reply