Pengurus (lantikan masa PH) TH Plantations beri macam-macam alasan kepada…

By Tuesday December 29th, 2020 No Comments

Pengurus (lantikan masa PH) TH Plantations beri macam-macam alasan kepada JPPH kenapa ladang sawit yang mereka mahu jual perlu diturunkan nilai oleh kerajaan.

Antaranya ialah jurunilai terkenal CH Williams tersalah nilai sebab:

1. Kawasan boleh ditanam tidak begitu besar (eh.. itu terpulanglah kepada pemilik untuk menyesuaikan tanah untuk ditanam. Takkan keseluruhan tanah adalah tanah rata sahaja?)

2. Hasil sawit lebih rendah berbanding unjuran jurunilai (Itu juga terpulanglah kepada pengusaha untuk uruskan pokok sawit, membaja atau menanam lagi).

3. Andaian harga sawit pada harga RM2,800 satu tan adalah terlalu tinggi (harga sawit minggu ini ialah RM3,800 satu tan).

Kesimpulannya:

1. Nilai buku perniagaan syarikat ladang sawit (tanah dengan sawit ditanam) masa BN = RM370 juta.

2. Nilai buku perniagaan syarikat ladang sawit (tanah dengan sawit ditanam) masa PH setelah ditukarkan jurunilai dan menilai semula = RM120 juta.

3. Nilai harta tanah sahaja diberi JPPH bawah Kementerian Kewangan = RM224 juta

4. Nilai harta tanah sahaja diberi JPPH setelah TH Plantations merayu tiga kali untuk diturunkan = RM198 juta.

5. Perniagaan syarikat ladang sawit (tanah dengan sawit ditanam) dijual oleh TH Plantations kepada syarikat non-Bumi Tamaco milik keluarga Lim dalam perjanjian penjualan pada Disember 2019 = RM170 juta.

(Penjualan sebenarnya telah diluluskan kerajaan PN pada bulan November 2020 tetapi dibatalkan pada awal Disember setelah ahli-ahli parlimen BN membantah dalam Dewan Rakyat)

Lalu kekanda membantah pembatalan penjualannya.

Apabila saya tanya kekanda kenapa penjual sanggup merayu 3 kali untuk aset yang dijualnya di turunkan nilai rasmi, kekanda membisu.

Akhirnya Najib dedahkan sahaja bukti dokumen sebab kekanda membisu.

Selepas pendedahan ini, saya percaya seluruh pemimpin PH juga akan terus membisu.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157586148120952/

Leave a Reply