News_archive

Pengurangan Peruntukan Pendidikan Boleh Menyebabkan Peningkatan Kadar Kemiskinan

By Monday June 15th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Pengurangan dalam peruntukan kerajaan bagi sektor pendidikan ekoran krisis ekonomi boleh menyumbang kepada kadar kemiskinan meningkat di negara ini, jika tidak ditangani, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata banyak negara yang muncul dan membangun mungkin mendapati bahawa ada bahaya sebenar bahawa krisis ekonomi ini akan memburukkan pencapaiannya kini di bawah Hasrat Pembangunan Millenium.

Sudah ada tanda-tanda pencapaian ini bertambah buruk, katanya ketika merasmikan pembukaan Persidangan Menteri-menteri Pelajaran Komanwel (CCEM) ke-17 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini Selasa.

“Pengurangan peruntukan dalam sektor pendidikan tidak dapat mengelakkan pengurangan dalam peluang dan kualiti pendidikan.

“Semua faktor ini jika tidak ditangani akan menyebabkan kadar kemiskinan yang tinggi pada masa akan datang,” tambah beliau.

Najib berkata kesan krisis ekonomi terhadap pendidikan akan sentiasa dan terus bertambah buruk dengan persaingan yang meningkat untuk mendapatkan dana awam yang sedikit.

Pengalaman daripada krisis ekonomi lepas menunjukkan kesan kelembapan ekonomi dirasai oleh kebanyakkan kanak-kanak dan remaja, kata beliau.

Dengan pendidikan dilihat sebagai enjin kepada kemajuan ekonomi dan mobiliti sosial, katanya banyak negara kini menukar tumpuannya kepada pendidikan sebagai penawar untuk mengukuhkan persaingan, peluang pekerjaan dan kepaduan sosial.

Beliau berkata senario seperti ini meminta para guru untuk lebih kreatif dan inovatif dalam menjalankan peranan mereka dan menambah beberapa dimensi lain kepada pengajaran.

“Untuk kekal dan bersaing dalam masa kesukaran ini, kita mestilah mengukuhkan kreativiti dan inovasi kita untuk menyediakan kelainan kritikal itu. Ia belum mencukupi untuk hanya seperti biasa dalam ekonomi inovasi yang bersaing tinggi ini, kita mesti bergerak lebih dari itu dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan,” kata beliau.

Najib berkata Malaysia sedang merangka satu model ekonomi baru yang akan menaikkan negara ini ke dalam ranking negara berpendapatan tinggi dalam dekad ini, yang menggerakkan Malaysia daripada kedudukan sekarang ke negara berpendapatan pertengahan tinggi.

“Model ekonomi baru ini akan menukar kebergantungan kita daripada yang berasaskan pembuatan menggunakan buruh separuh mahir dan kos rendah kepada sektor perkhidmatan modenyang bergantung pada pekerja mahir dan bergaji tinggi,” kata beliau.

Katanya Majlis Penasihat Ekonomi telah ditubuhkan untuk menjadikan model ekonomi baru satu kenyataan yang mahukan input seperti kreativiti, inovasi, nilai tinggi dan semangat keusahawan.

Najib berkata kejayaan rangka dan pelaksanaan model ekonomi baru itu sebagai tema pusat pentadbiran beliau.

Bagaimanapun, beliau berkata satu dasar besar dan komprehensif perlu diubahsuai dalam semua bidang untuk merealisasikan wawasan ini.

Bagaimanapun, Najib berkata, adalah penting untuk masa depan Malaysia dengan kejayaannya bergantung kepada strategi pembangunan modal insan yang berkesan.

“Ia hendaklah menjadi dasar pusat yang mendesak untuk kerajaan merangka dan melaksanakan semua strategi dan dasar yang diperlukan bagi memastikan kejayaan model ekonomi baru ini,” kata beliau.

Bercakap pada persidangan akhbar, beliau berkata sektor yang diberikan tumpuan di bawah model ekonomi baru ini belum lagi dikenalpasti.

“Ini kemudian, kita sedang meninjau pertumbuhan sektor sekarang yang boleh diberikan galakan besar. Sudah tentu sektor perkhidmatan akan diutamakan dalam model ekonomi baru ini, seperti juga sektor kewangan.

“Tetapi kita juga cuba mengenalpasti bidang pertumbuhan baru yang kita belum teroka, tetapi strategi pusat model ini ialah modal insan, sebab itu kita tubuhkan sebuah jawatankuasa khas di bawah Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) sendiri, untuk menyelaras keseluruhan penglibatan kita dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran kita,” kata beliau.

Turut hadir pada persidangan akhbar itu ialah Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Dalam ucapan, Najib juga menekankan kemunculan pengetahuan yang mendadak sebagai salah satu petanda piawaian globalisasi yang kebanyakkannya dalam bentuk digital.

Beliau berkata peranan pengetahuan dalam semua aktiviti kemanusiaan kini sangat kritikal malahan konsep pembangunan dan kemajuan didefinasikan dalam aspek kemampuan untuk menjana, memperoleh, menyemai dan menggunakan pengetahuan.

“Ada atau tidak ada kemampuan untuk pengwujudan pengetahuan merupakan faktor definasi tunggal yang membezakan antara negara kaya dan miskin,” kata beliau.

Beliau berkata membuka potensi paradigma pengetahuan baru ini memerlukan satu sistem pendidikan yang berjaya untuk menjana modal cedekiawan, tambah beliau.

Najib berkata kadar pertukaran teknologi yang diperlukan orang ramai diteruskan untuk lebih terlatih malahan bagi memasuki pasaran pekerjaan dan dilatih semula.

“Pada masa akan datang, pekerjaan akan memerlukan kemampuan kecerdekan yang sangat canggih untuk berfikir secara abstrak dan lebih analitikal untuk membuat keputusan berdasarkan kemahiran berkenaan,” kata beliau.

Mengenai persidangan itu, katanya cabarannya ialah untuk menawarkan cadangan dan program yang konkrit dan boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti tenaga kerjanya.

Beliau mencadangkan agar persidangan itu mempertimbangkan kemungkinan menubuhkan satu kumpulan pakar kerja yang boleh membantu negara anggota yang mungkin menghadapi cabaran dalam mencapai Hasrat Pembangunan Millenium dan Hasrat untuk Pendidikan Semua.

Perdana Menteri bagi pihak kerajaan Malaysia kemudian menyampaikan sekeping cek bernilai 500,000 pound (RM2.8 juta) kepada Setiausaha agung Komanwel Kamalesh Sharma untuk pertubuhan itu.

Persidangan itu yang diadakan sehingga Jumaat ini bertemakan “Pendidikan dalam Komanwel: Ke arah dan Selepas Hasrat dan Sasaran Global” dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi dan Sekretariat Komanwel.

Turut hadir pada persidangan itu ialah Perdana Menteri Namibia Nahas Angula dan Perdana Menteri Kepulauan Cook Jim Marurai.

Sumber : Bernama

Leave a Reply