Penglibatan sekitar 1,000 buah klinik dan doktor swasta sejak 2 minggu lalu…

By Saturday June 19th, 2021 No Comments

Penglibatan sekitar 1,000 buah klinik dan doktor swasta sejak 2 minggu lalu adalah antara faktor utama kenaikan kadar pemberian vaksin negara.

Minggu lalu, kerajaan kata doktor swasta menyumbang kepada kira-kira 66,000 vaksinasi sehari dan dijangka meningkat ke 78,000 dos sehari menjelang 23 Jun nanti.

Lalu meningkat lagi ke 145,000 dos sehari menjelang Julai.

Namun ini bukan kapasiti maksima bagi klinik-klinik swasta yang jumlahnya lebih 7,000 buah di seluruh negara.

Berpotensi dinaikkan ke lebih 300,000 atau 400,000 dos sekiranya lebih banyak klinik-klinik swasta menyertai program kerajaan.

Namun dilaporkan hari ini bahawa ada klinik swasta yang masih tidak ingin menyertai program vaksinasi ini sebab kadar bayaran kerajaan dianggap terlalu rendah ataupun kos ditanggung mereka untuk menyertai program vaksinasi adalah terlalu tinggi.

Pada ketika ini, kadar dibayar kerajaan kepada klinik swasta untuk memberi vaksin secara percuma kepada Rakyat ialah RM14 setiap dos.

Pendapat saya ialah ianya masih berbaloi bagi kerajaan dan negara untuk naikkan kadar ini ke RM20 ataupun RM25 satu dos.

Sekali lagi, saya cadang kerajaan naikkan sahaja kadar bayaran ini sebab ianya lebih murah dan lebih laju berbanding membina lagi banyak PPV atau pusat vaksinasi Mega.

Malah kerugian RM1 bilion pada ekonomi yang disebut PM8 akibat lockdown boleh dielakkan sekiranya tempoh lockdown dipendekkan dengan satu hari sahaja susulan penglibatan lebih ramai klinik swasta.

Lagipun, doktor dan klinik swasta juga perlu mengambil risiko dijangkit Covid dan bukan semua doktor (terutamanya yang baru memulakan kerjaya mereka) sudah kaya.

Naikkan kadar bayaran kepada doktor swasta sahaja jika perlu agar vaksinasi Rakyat dipermudahkan dan negara dapat mencapai imuniti kelompok secepat mungkin.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/06/19/letak-syarat-mudah-kami-mahu-bantu-negara-rayu-pemilik-klinik-swasta/

Saranan saya minggu lepas: https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157951280085952

Doktor sebuah klinik swasta berkata, kerajaan sepatutnya mengkaji semula syarat serta keperluan bagi mengurangkan kos klinik swasta menyertai PICK.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157961824985952/

Leave a Reply