Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Pengisian 1malaysia Diterjemah Secara Evolusi, Kata Najib - Najib Razak
News_archive

Pengisian 1malaysia Diterjemah Secara Evolusi, Kata Najib

By Friday May 1st, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) — Pengisian konsep 1Malaysia akan diterjemahkan secara evolusi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Ia adalah satu proses. Ia merupakan satu perjalanan dan tidak akan berlaku dalam sekelip mata. Saya harap anda semua menyertai saya dalam perjalanan untuk mencapai matlamat 1Malaysia.

“Kita akan sampai di sana sebagai satu bangsa dan apabila perkara itu berlaku Malaysia akan benar-benar bersatu dan (menjadi) negara makmur,” katanya semasa merasmikan sambutan Hari Kaamatan ke-14 peringkat Lembah Klang yang dianjurkan Persatuan Kebudayaan KadazanDusun Lembah Klang di sini hari ini.

Beliau berkata konsep berkenaan bukan sekadar kenyataan politik semata-mata yang mudah untuk diucapkan tetapi perlu ada `iltizam’ di dalamnya.

“Apa yang penting adalah bagi menerima idea ‘satu bangsa’. Kita mungkin dipisahkan dalam konteks etnik, etnik kecil dan kebudayaan dan beberapa aspek lain tetapi kita boleh bersama sebagai satu bangsa. Dan ini merupakan intisari daripada 1Malaysia,” katanya.

Najib berkata rakyat Malaysia mesti percaya kepada konsep saling hormat menghormati dan perlu melangkah jauh melangkaui konsep toleransi yang memang sudah diterima dalam masyarakat yang dengan demikian ia boleh membawa kepada peringkat persefahaman yang tinggi dalam soal `satu bangsa’.

Perdana Menteri berkata kehadirannya boleh dianggap sebagai satu daripada ‘walkabout’ yang dilakukannya sejak mengambil alih tampuk jawatan tertinggi eksekutif negara ini.

“Saya tak mahu kehadiran saya dinilai dari segi kompang, permaidani merah, malahan `back drop’ majlis ini hari ini bukan nama saya.

“Saya singgah di sini rai Hari Kaamatan kerana saya ingin tegaskan di sini saya adalah Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima aimeph Pairin Kitingan yang juga Presiden Persatuan Kebudayaan Kadazandusun Sabah (KDCA) dan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili.

— BERNAMA

Sumber : Bernama

Leave a Reply