News_archive

Pengikut Najib Dalam Twitter Lepasi 400,000 Orang

By Friday January 20th, 2012 No Comments

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) — Jumlah pengikut laman sosial Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat melepasi jumlah 400,000 orang.

Perdana Menteri dalam Tweetnya pada pukul 4.59 petang mengumumkan: “Jumlah pengikut saya di Twitter sudah melepasi 400,000 orang.

“Terima kasih atas sokongan anda semua. Di harap interaksi kita akan berterusan.

Pada pukul 6.31 petang, Najib yang tweet @NajibRazak sejak 21 Sept 2008, berkata beliau gembira dan terharu kerana dapat menjangkau 400,000 pengikut tweeter.

“Saya akan berusaha lebih gigih lagi untuk anda semua dan negara,” tweetnya.”

Walaupun mempunyai jadual padat Jumaat, Najib meluangkan masa untuk tweet mengenai aktivitinya dengan memaklumkan pengikutnya tentang lawatan kerjanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula di Wangsa Maju pagi tadi.

Beliau juga mengambil masa untuk membalas pesanan yang dihantar oleh pengikut-pengikutnya.

Pesanan balas oleh Perdana Menteri itu secara peribadi kepada pengikutnya telah berjaya dalam berinteraksi dengan rakyat.

Selain Najib, ramai ahli politik termasuk pemimpin pembangkang turut mempunyai pengikut di Twitter.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim setakat ini mempunyai seramai 126,440 pengikut, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, yang juga setiausaha agung DAP, memiliki 276,230 pengikut dan penasihat DAP, Lim Kit Siang pula mempunyai 48,675 pengikut.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat mempunyai lebih ramai pengikut di laman Twitternya iaitu 30,463 berbanding Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempunyai 11,666 pengikut.

Sumber : Bernama

Leave a Reply