Penggunaan katil di Hospital Kuala Lumpur (HKL) meningkat berikutan lonjakan…

By Sunday July 4th, 2021 No Comments

Penggunaan katil di Hospital Kuala Lumpur (HKL) meningkat berikutan lonjakan kes Covid-19 yang menyebabkan ada pesakit dirawat di lantai, kata pengarah hospital berkenaan Dr Heric Corray

Sebilangan besar kes yang dibawa ke hospital itu, katanya, membabitkan pesakit Covid-19 tahap 4.

Katanya, kapasiti Unit Rawatan Rapi (ICU) juga “sangat tinggi”.

Kenyataan itu dibuat susulan gambar tular semalam yang menunjukkan pesakit dirawat di lantai, dengan seorang kakitangan kesihatan mengatakan keadaan di HKL “mengerikan”.

Mengulas mengenai kejadian seperti itu di wad kecemasan, Corray berkata terdapat seorang pesakit dibawa dalam keadaan tidak sedarkan diri, tidak bernafas, dan tidak mempunyai nadi.

“Pada masa itu semua katil sedang digunakan, dan pada masa yang sama didapati lantai mempunyai permukaan rata yang terbaik untuk CPR dilakukan segera,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Namun, katanya, pesakit itu tidak dapat diselamatkan dan bedah siasat sedang dilakukan bagi mengenal pasti punca kematian.

“Pengarah HKL jelaskan kekurangan katil, prosedur atas lantai”
https://www.malaysiakini.com/news/581599
—-
Amat sakit hati saya membaca kenyataan tersebut bahawa pesakit dibiarkan untuk meninggal dunia atas lantai dalam hospital.

IHH Berhad ialah pemilik rangkaian hospital Pantai dan Gleneagles.

Sebelum PRU14, kerajaan Malaysia melalui Khazanah Berhad merupakan pengasas dan pemegang saham terbesar dalam syarikat IHH Berhad.

Dibina masa saya PM dan pengerusi Khazanah untuk menjadi syarikat rangkaian hospital kedua terbesar di seluruh negara dengan 77 buah hospital dalam 10 negara.

Lalu dijual sebahagian saham kepada syarikat Jepun selepas PRU14 dengan harga RM8.41 bilion semasa Menteri Kanan tak HD itu jaga Khazanah.

Syarikat Jepun pula menjadi pemegang saham terbesar.

Selepas itu, Pusat Perubatan Prince Court turut dijual Khazanah kepada IHH Berhad dengan harga RM1.02 bilion.

Walaupun negara bukan lagi pemegang saham terbesar tetapi kita masih ada kepentingan sekitar 24% saham dalam IHH Berhad.

Kumpulan Pantai ada 4 buah hospital di Lembah Klang – Pantai, Cheras, Pandan Indah dan Klang.

Gleaneagles ada sebuah di Jalan Ampang manakala Prince Court terletak di tengah Ibu Kota.

Jadi, kenapa kerajaan tak berbincang dengan syarikat Jepun itu supaya rangkaian hospital-hospital Pantai, Gleneagles dan Prince Court dapat membantu usaha menyelamat pesakit kritikal Covid dalam kecemasan bagi meringankan beban hospital-hospital kerajaan?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157989208615952/

Leave a Reply