BlogSubsidy

Pengapungan Terkawal Diesel dan RON95

By Friday December 5th, 2014 No Comments

Pelaksanaan pengapungan terkawal (managed float) bagi petrol RON95 dan Diesel bermula 1 Disember 2014 yang diumumkan kerajaan menyaksikan harga RON95 turun sebanyak 4 sen manakala harga Diesel meningkat sebanyak 3 sen. Pada bulan November 2014, harga runcit bagi Diesel berdasarkan Automatic Pricing Mechanism (APM) adalah RM 2.31 seliter. Namun, harga yang dijual kepada rakyat adalah RM2.20, bermakna kerajaan memberikan subsidi sebanyak 11 sen untuk setiap liter.

Dengan harga purata minyak dunia menurun pada bulan November, harga Diesel menurut APM bermula 1 Disember adalah RM2.23 seliter. Sekiranya subsidi sebanyak 11 sen dikekalkan, Diesel akan dijual pada harga RM2.12 seliter, penurunan sebanyak 8 sen berbanding harga pada bulan November. Walau bagaimanapun, memandangkan kerajaan tidak lagi memberikan subsidi sebaliknya melaksanakan pengapungan terkawal, harga jualan Diesel meningkat sebanyak 3 sen mengikut penetapan APM iaitu RM2.23 seliter.

Leave a Reply