Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Peneroka Felda Di Perlis Mula Terima Habuan - Najib Razak
News_archive

Peneroka Felda Di Perlis Mula Terima Habuan

By Monday May 14th, 2012 No Comments

KANGAR, 14 Mei (Bernama) — Sebanyak 857 keluarga peneroka di tiga rancangan Felda di Perlis hari ini menikmati ‘durian runtuh’ berjumlah RM12,855,000 dengan setiap keluarga menerima sebanyak RM15,000.

Mereka terdiri daripada 249 keluarga di Felda Mata Ayer menerima habuan berjumlah RM3,735,000, 161 keluarga di Felda Rimba Emas menerima sebanyak RM2,415,000 dan 447 keluarga di Felda Chuping menerima RM6,705,000 pada Isnin.

Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu ketika berucap di majlis penyampaian sumbangan di Felda Chuping berharap para peneroka menghargai jasa baik kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang selama ini sentiasa menjaga kebajikan mereka.

Beliau juga menasihati setiap peneroka agar memanfaatkan sumbangan itu sebaik mungkin dan bukan untuk dibazirkan.

Baru-baru ini Najib mengumumkan durian runtuh berjumlah lebih RM1.6 bilion untuk peneroka Felda dan daripada jumlah itu, para peneroka di Perlis menerima habuan sebanyak RM12,855,000 yang diagihkan pada Isnin.

Source : Bernama

Leave a Reply