Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Penerima Komputer 1Malaysia Perlu Hayati Hasrat Perdana Menteri - Najib Razak
News_archive

Penerima Komputer 1Malaysia Perlu Hayati Hasrat Perdana Menteri

By Sunday April 1st, 2012 No Comments

KANGAR, 1 April (Bernama) — Penerima komputer 1Malaysia perlu menghayati hasrat Perdana Menteri melahirkan masyarakat yang bermaklumat dan berkualiti menerusi pemberian kemudahan itu, kata Anggota Parlimen Kangar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad.

Beliau berharap penerima alat tersebut memanfaatkannya untuk kebaikan dan mengelakkan daripada menyalahgunakannya sehingga membawa kepada kerosakan minda.

Mohd Radzi berucap pada majlis penyerahan komputer 1Malaysia kepada 400 aktivis Umno, MCA, MIC, masyarakat keturunan Siam dan para penghuni asrama Kompleks Anak Yatim Mak Teh, dekat sini hari ini.

Beliau berkata hasrat Datuk Seri Mohd Najib Razak itu sukar dicapai jika ada yang menyalahgunakan kemudahan itu.

“Jika ada di kalangan penerima khususnya pelajar menyalahgunakan pemberian ini maka mereka akan mensia-siakan harapan Perdana Menteri sendiri yang mahu melihat rakyat di negara ini menjadi insan celik komputer dan berilmu,” katanya.

Mohd Radzi berkata para penerima sumbangan itu hendaklah memahami hasrat sebenar Perdana Menteri membekalkan komputer kepada rakyat.

Sebelum itu, Pengarah Operasi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara, Ismail Othman berkata sebanyak 15,000 unit komputer 1Malaysia akan dibekalkan di Perlis menjelang 2015.

Setakat ini, lebih 4,000 penduduk Perlis telah menerima kemudahan sumbangan kerajaan itu melalui SKMM.

Sumber : Bernama

Leave a Reply