Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Pendidikan Kunci Kejayaan - Najib Razak
BlogFeatured Articles

Pendidikan Kunci Kejayaan

By Thursday July 6th, 2017 No Comments

Kerajaan Barisan Nasional amat mementingkan pendidikan dan peranannya dalam mengubah taraf hidup masyarakat.

Kita bertuah, hidup di bawah lembayung Negaraku Malaysia, di mana melalui pelbagai dasar yang telah kerajaan laksanakan membolehkan rakyat dari pelbagai latar belakang menambah baik taraf kehidupan keluarga mereka dalam masa hanya satu generasi.

Misalnya, melalui usaha gigih, pendidikan, bantuan serta platform yang telah kerajaan sediakan, seorang anak nelayan mampu berjaya hari ini sebagai seorang doktor, jurutera dan bermacam lagi pekerjaan yang berupaya mengubah taraf kehidupan seluruh keluarganya ke tahap yang lebih baik.

Inilah mobiliti sosial yang kerajaan Barisan Nasional bawa kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum sejak sekian lama, dan akan terus kita sediakan dan perjuangkan demi kebaikan semua.

Dalam catatan blog saya mengenai Kejayaan Malaysia di pertengahan tahun, saya ada berkongsi mengenai universiti–universiti kita yang kini berada dalam kelompok 300 terbaik dunia.

Suka saya kongsikan lebih lanjut mengenai pencapaian ini. Dalam laporan Universiti Dunia Quacquarelli Symonds (QS) 2017/2018, bukan sahaja ranking kesemua universiti berstatus penyelidikan tersebut telah meningkat naik, tetapi status dalam kalangan 300 terbaik dunia ini juga bermakna kelima-lima universiti ini tersenarai antara 1 peratus teratas dunia!

Ranking Universiti Malaya meningkat naik sebanyak 19 anak tangga ke kedudukan 114, bermakna tidak jauh lagi untuk mencapai sasaran menembusi tahap 100 terbaik dunia, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia naik 72 anak tangga, peningkatan terbaik bagi tahun ini.

Begitu juga Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan juga Universiti Teknologi Malaysia, kesemuanya meningkat naik dalam ranking masing-masing.

Tambahan kepada itu, dalam ranking Universiti Asia Pasifik Times Higher Education 2017, 5 universiti daripada Malaysia turut tersenarai dalam kalangan 200 terbaik, yakni Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Terbaru, dalam ranking Universitas 21 (U21) pula, sistem pendidikan tinggi Malaysia ditempatkan pada kedudukan ke-25 terbaik dunia, di mana dalam tempoh 6 tahun, ini, kita telah mendaki naik sebanyak 11 anak tangga. Tahniah Kementerian Pendidikan Tinggi, teruskan usaha #SoaringUpwards!

Alhamdulillah, ini sebahagian daripada banyak kejayaan yang telah dikecapi oleh universiti-universiti kita, pencapaian yang bukan sahaja membanggakan tetapi juga membuktikan bahawa sistem pendidikan negara berada pada tahap yang baik.

Meskipun begitu, saya yakin, kita mampu mencapai lebih lagi, dan dengan usaha berterusan semua pihak yang berkaitan, bidang pendidikan negara akan terus berkembang dari masa ke masa ke tahap yang lebih maju, Insya-Allah.

Leave a Reply