Audio

“Pendemokrasian Maklumat”

By Friday April 17th, 2015 No Comments
[soundcloud url=”https://w.soundcloud.com/tracks/201192921″ params=”color=0066cc” width=”100%” height=”166″ iframe=”true” /]

Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Najib Razak Mengenai “Pendemokrasian Maklumat”

Transkrip

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

Di era teknologi komunikasi yang serba canggih ini, perkembangan media sosial telah membawa kita melalui proses “pendemokrasian maklumat”.

Ini bermakna maklumat disalurkan secara dua hala dan kita lebih bebas dalam menyebarkan maklumat sendiri.

“Pendemokrasian maklumat” ini ada baik dan ada buruknya kerana semua maklumat, termasuk yang tidak benar, boleh tersebar dengan meluas.

Banyak maklumat hari ini yang digembar-gemburkan dan diputar belit sehingga disalah ertikan tanpa disedari, bertahun-tahun lamanya kita menerima maklumat sedemikian sehinggakan ramai yang terpengaruh.

Kesannya, kita sedang berada dalam era persepsi daripada realiti. Kebanyakan tuduhan dan putar belit yang dilemparkan tidak mencerminkan realiti keadaan sebenar sesuatu isu ataupun kenyataan yang dibuat oleh para pemimpin, biar di pihak kerajaan mahupun pembangkang. Oleh demikian, kita perlu bijak menilai kesahihan maklumat dengan membuat semakan sumber sesuatu itu agar kita tidak mudah diperdayakan.

Sekian sahaja dari saya,

Wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh

Leave a Reply