Pemimpin-pemimpin PH tak steady. Berani tuduh saya dan berani salahgunakan…

By Thursday December 17th, 2020 No Comments

Pemimpin-pemimpin PH tak steady.

Berani tuduh saya dan berani salahgunakan kuasa terhadap saya, tapi tak berani sambut cabaran saya.

Semalam saya tanya pemimpin PAN Faiz Fadzil sejak bila saya pernah kata saya tak kenal Jho Low.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157557597125952

Jawapan Faiz? Krik … krik … krik.

Saya juga tanya pemimpin Pejuwang merangkap Towkay MRCP Pak Kadir jika dana yang disebut RM2.6 bilion itu telah dipulangkan kepada penghantar 4 bulan selepas ianya diterima dan bukan disonglap Najib untuk beli handbag.

Saya juga tanya dia kenapa kerajaan masa boss dia jadi PM tukar hakim kes SRC saya selepas perbicaraan SRC bermula dan menggantikannya dengan hakim baru yang hanya ada 1 tahun pengalaman di mahkamah komersial?

Akibatnya, kes SRC saya adalah kes jenayah pertama mahkamah tinggi bagi hakim tersebut.
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10157557369840952

Jawapan Pak Kadir? Krik … krik … krik.

Saya juga pernah tanya Guan Eng:

LHDN di bawah Kementerian Kewangan.

LHDN yang buat tuntutan terhadap saya itu adalah semasa dia Menteri Kewangan dan Tony Pua pula ialah penasihat untuk LHDN.

Sebab itu, saya cabar dia untuk buat sesi penerangan live bersama saya.

Saya nak tanya dia kenapa dana yang disebut RM2.6b masih dikira sebagai pendapatan walaupun telah dikembalikan kepada penghantar 4 bulan kemudian.

Dan lepas itu, ianya dikenakan denda penalti 45% + 10% + 5% pulak sehingga sampai ke RM1.7 bilion.

Saya nak tanya dia jika ini satu bentuk salahguna kuasa kerajaan untuk menekan lawan politik dan siapa yang terlibat.

Jawapan Guan Eng? Jangan tanya saya. Pergi berurus dengan LHDN walaupun masa tuntutan cukai itu dibuat pada saya, saya dapat maklumat dari pihak dalaman LHDN sendiri bahawa ini adalah arahan politik untuk sengaja melanggar cara pengiraan cukai untuk mengenakan saya.

Berani buat tapi tak berani jawab.

Tak apa, masih ada hari esok.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157559704715952/

Leave a Reply