Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Pemimpin BN perlu turun padang, rasai denyut nadi rakyat: PM - Najib Razak
News_archive

Pemimpin BN perlu turun padang, rasai denyut nadi rakyat: PM

By Tuesday June 9th, 2009 No Comments

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak meminta semua parti komponen Barisan Nasional (BN) melakukan perubahan supaya dapat merasai denyut nadi rakyat.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, setiap pemimpin perlu turun padang dan melakukan pelbagai pendekatan supaya dapat mendekati hati rakyat.

“Pemimpin BN juga perlu menyelami dan memahami kesusahan yang dialami rakyat.

“Oleh itu, sejak mengambil alih kepemimpinan negara, saya memperkenalkan konsep tinjauan mesra untuk memahami dan menyelami kesusahan rakyat,” katanya merasmikan perhimpunan agung tahunan Parti Progresif Penduduk (PPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, pagi ini.

Najib berkata, parti kompenan BN juga perlu sentiasa turun padang bagi memastikan BN terus disukai rakyat.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply