Pembohongan dah sebati dengan pembangkang. Ingat tak lagi ketika PRU13…

By Sunday March 19th, 2017 No Comments

Pembohongan dah sebati dengan pembangkang. Ingat tak lagi ketika PRU13 dahulu, pembangkang sebarkan cerita seperti Lynas dan 40,000 pengundi hantu dari Bangladesh? Apa jadi dengan cerita-cerita sebegini? Terbukti semua ini pembohongan semata-mata.

Berita yang disebarkan pembangkang bukan dibuat berdasarkan fakta yang sahih, mereka buat untuk mengelirukan rakyat supaya marah kepada kerajaan. Bagi mereka berbohong perkara biasa, asalkan dapat raih undi buat mereka.

Misalnya, isu kilang Lynas hangat diperkatakan, pembangkang gambarkan seolah-olah wujud sebuah kilang nuklear yang membahayakan penduduk kerana tahap radiasi tinggi. Sekarang? Senyap sepi, batang hidung mereka pun tidak kelihatan lagi.

Malahan, Laporan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa menunjukkan bahawa tahap radiasi di kawasan kilang itu sendiri lebih rendah berbanding di bandar Kuantan.

Menjelang PRU 14, saya menyeru rakyat semua, semak dan teliti setiap berita yang disebarkan oleh pembangkang. Jangan terperangkap dengan agenda jahat mereka.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10154276042710952/

Leave a Reply