Pemberian dos vaksin: 13 Jun: 128,912 14 Jun: 197,963 15 Jun: 215,876 16…

By Sunday June 20th, 2021 No Comments

Pemberian dos vaksin:

13 Jun: 128,912
14 Jun: 197,963
15 Jun: 215,876
16 Jun: 204,839
17 Jun: 221,706
18 Jun: 180,066
19 Jun : 164,282 (semalam)

Boleh pulak turun semula selepas PM8 umum Pelan Pemulihan dan selepas mesyuarat Majlis Raja-Raja.

Apa sebabnya sebab kadar vaksinasi ini adalah amat penting bagi negara.

Angka ini penting sebab apa?

Mengikut syarat pelan pemulihan, 40% penduduk perlu diberi dua vaksin sebelum kita boleh masuk Fasa 3 di mana sektor yang dikatakan bukan essential boleh dibuka semula.

Jadi, jika kita mahu masuk fasa 3 supaya kebanyakan Rakyat biasa boleh bernafas semula pada 1 Sept (iaitu 75 hari lagi) maka kadar pemberian vaksin perlu KONSISTEN sebanyak 265,667 dos setiap hari (semalam 164,282 dos).

Inipun 75 hari lagi perlu berkurung sekiranya purata dos sampai ke 265k sehari.

Jadi, sekiranya Rakyat biasa berhasrat untuk bernafas semula maka angka ini perlu konsisten dengan tinggi.



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157963323665952/

Leave a Reply