BlogFeatured Articles

Pembangunan Negeri Kelantan

By Sunday March 12th, 2017 No Comments

Selesai lawatan ke Pahang semalam, saya terus ke Kelantan untuk membuat lawatan kerja.

Ada yang bertanya kenapa saya sebagai sering ke Kelantan, beri begitu banyak projek, misalnya hari ini saya merasmikan sebuah hospital baharu di Bachok, bernilai RM140 juta. Saya juga umum bina Hospital Kuala Krai bernilai RM300 juta lebih.

Saya sayangkan rakyat Kelantan, dan kerana Allah SWT telah perintahkan bahawa kalau jadi pemimpin, kita wajib bersikap adil.

Ada pemimpin terdahulu, waktu dia memerintah, bagi dia orang Kelantan patut didera kerana tak sokong dia, peruntukan untuk negeri Kelantan dikurangkan.

Ini bukan pendekatan saya. Pada saya, orang Kelantan sebagaimana rakyat Malaysia yang lain, perlu dibantu.

Misalnya pagi tadi saya melawat rumah Mek Nab, Che Rohana dan Aliza, 3 keluarga dan rumah yang amat daif dan miskin.

Sebagai sebahagian daripada kempen Jom Bantu Rakyat yang saya lancarkan, ketiga-tiga mereka akan menerima rumah baharu yang lebih selesa.

Sebagai Perdana Menteri, saya ingin membawa perubahan besar kepada negara, dan ini termasuk negeri Kelantan.

Sebab itulah, kita umumkan pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) dari Gombak di Kuala Lumpur hingga ke Wakaf Baru di Tumpat, dan salah satu stesen kereta apinya di Jelawat, Bachok, tidak jauh dari tapak hospital baharu.

Bila siap ECRL ini, tempoh perjalanan cuma 4 jam, dan akan bawa banyak kesan sampingan, “multiplier effect” kepada kehidupan rakyat di sini, membuka peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat.

Insya-Allah.

Leave a Reply