Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Peluang Di Bawah ETP Dan RMK-10 Terus Tingkat Hubungan Jepun-Malaysia, Kata Najib - Najib Razak
News_archive

Peluang Di Bawah ETP Dan RMK-10 Terus Tingkat Hubungan Jepun-Malaysia, Kata Najib

By Thursday November 25th, 2010 No Comments

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Hubungan erat antara Jepun dan Malaysia akan terus diperkukuhkan lagi setelah kedua-dua negara mengenal pasti dan menyertai peluang-peluang baru yang ada dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata demikian dalam mesej kepada kira-kira 160 peserta yang terdiri daripada penggubal dasar dan peserta industri yang menghadiri Persidangan Bersama ke-29 MAJECA-JAMECA di sini Khamis. Mesej berkenaan dibacakan oleh Naib Presiden MAJECA Datuk Md Taib Abdul Hamid.

Najib berkata penyusunan semula secara menyeluruh keutamaan ekonomi untuk pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan termaktub dalam ETP.

“Untuk seiring dengan trend global atau memanfaatkan kelebihan strategik, Malaysia perlu menyusun semula kedudukannya,” kata beliau.

Beliau berkata, RMK-10, yang akan bermula tahun depan, akan memberi penekanan terhadap peranan sektor swasta.

Pelaburan persendirian dianggarkan berkembang sebanyak 12.5 peratus kepada RM86 bilion pada 2011, kata Najib yang juga Menteri Kewangan. Sementara itu, pelaksanaan 12 Bidang Ekonomi Utama Negara dijangka menjana pelaburan melebihi RM1.3 trilion dan ini dijangka mewujudkan 3.3 juta peluang pekerjaan.

Najib berkata falsafah 1Malaysia merupakan asas untuk memperkasakan rakyat bagi mencapai kemakmuran.

Sumber : Bernama

Leave a Reply