Pelik dengan Patriot ini. Sekejap je, depa keluarkan kenyataan untuk kutuk…

By Monday November 9th, 2020 No Comments

Pelik dengan Patriot ini.

Sekejap je, depa keluarkan kenyataan untuk kutuk isu peruntukan JASA.

Jauh berbeza masa Ahli Parlimen PH Plus menghina anggota keselamatan negara. Tuduh pencerobohan Lahad Datu hanya satu wayang. Sindir tentera kita perang dengan ayam dan anjing.

Berhari-hari kita tunggu komen Patriot berhubung penghinaan itu.

Akhirnya depa keluarkan kenyataan media bahawa ucapan Ketapi itu sekadar semantik dan retorik politik semasa berkempen sahaja.

Tak perlu ambil hati, kata depa.

Patriot ini parti politik ke atau persatuan yang menjaga veteran ATM?



Original post: https://www.facebook.com/157851205951/posts/10157478255300952/

Leave a Reply