Warning: Creating default object from empty value in /home/customer/www/najibrazak.com/public_html/wp-content/themes/salient/nectar/redux-framework/ReduxCore/inc/class.redux_filesystem.php on line 29
Pelantikan Semula Y.BHG. Tan Sri Mohd Sidek Bin HJ. Hassan Sebagai Ketua Setiausaha Negara Secara Kontrak - Najib Razak
Press Statement

Pelantikan Semula Y.BHG. Tan Sri Mohd Sidek Bin HJ. Hassan Sebagai Ketua Setiausaha Negara Secara Kontrak

By Thursday May 21st, 2009 No Comments

PELANTIKAN SEMULA Y.BHG. TAN SRI MOHD SIDEK BIN HJ. HASSAN

SEBAGAI KETUA SETIAUSAHA NEGARA SECARA KONTRAK

 

Adalah dimaklumkan bahawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan semula Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan sebagai Ketua Setiausaha Negara secara kontrak untuk tempoh 1 tahun lagi mulai 24 Jun 2009 hingga 23 Jun 2010.  Pelantikan semula Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan itu adalah atas kepentingan negara kerana perkhidmatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara masih diperlukan terutama dalam meningkatkan lagi sistem penyampaian Perkhidmatan Awam Malaysia.

 

  1. Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara pada 3 September 2006 sehingga bersara wajib pada 23 Jun 2007 kerana mencapai umur 56 tahun pada tarikh tersebut.  Seterusnya, beliau telah dilantik semula secara kontrak sebagai Ketua Setiausaha Negara untuk tempoh 2 tahun mulai 24 Jun 2007 hingga 23 Jun 2009.

 

 

 

Pejabat Perdana Menteri

Putrajaya

 

21 Mei 2009

Leave a Reply